KOBBIE Mainoo (kiri). FOTO FB United
KOBBIE Mainoo (kiri). FOTO FB United
AFP

London: Kobbie Mainoo muncul wira Manchester United apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-97 bagi memastikan Wolves kecundang di depan penyokong sendiri menerusi keputusan 4-3.

United mendahului dua gol menerusi Marcus Rashford, beberapa hari selepas didenda kerana tidak hadir latihan seolah membayangkan pasukan itu bakal melakar kemenangan besar ke atas tuan rumah.

Begitupun Wolves yang meraih penalti berjaya merapatkan jurang hasil ledakan Pablo Sarabia sebelum United terus mendahului dengan kelebihan dua gol.

Max Kilman dan Pedro kemudiannya mengikat kedudukan 3-3 namun Mainoo muncul tepat pada waktunya dengan gol keempat untuk menghadiahkan mata penuh buat anak buah Erik ten Hag sekali gus pulang penyokong Wolves di Stadium Molineux itu.

Terdahulu, Rashford tidak beraksi ketika kemenangan 4-2 dalam saingan Piala FA di Newport County selepas mengunjungi kelab malam di Belfast minggu lalu.

Ten Hag menegaskan, masalah berkenaan sudah selesai dengan Rashford didenda 650,000 pound (RM3.85 juta).

Untuk rekod, Wolves sudah menewaskan Manchester City, Tottenham dan Chelsea di Stadium Molineux musim ini dan hampir berjaya mengulanginya ke atas United dengan kebangkitan di babak kedua.

Hasil kemenangan itu, United kini mengumpul 35 mata daripada 22 aksi liga untuk berada di tangga ketujuh manakala Wolves di posisi 11 dengan 29 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 8:53 AM