Pemain Brazil Richarlison (kanan) dan Thiago Silva menjalani latihan menjelang aksi berdepan Croatia. FOTO EPA
Pemain Brazil Richarlison (kanan) dan Thiago Silva menjalani latihan menjelang aksi berdepan Croatia. FOTO EPA
AFP

Doha: Jurulatih Brazil, Tite tidak melakukan perubahan dalam kesebelasan utama bagi aksi suku akhir Piala Dunia berdepan Croatia ketika Neymar kembali mengambil tempatnya susulan kepulangan semula daripada kecederaan pergelangan kaki pada aksi awal.

Neymar menjaringkan gol ketika kemenangan 4-1 ke atas Korea Selatan dalam saingan 16 terbaik pada Isnin, dengan Vinicius Junior, Richarlison dan Lucas Paqueta turut meledak jaringan pada perlawanan itu.

Neymar kini perlu hanya satu gol lagi untuk menyamai rekod sepanjang zaman Pele menerusi 77 gol untuk Brazil.

Seorang yang diragui dalam kesebelasan utama Tite adalah pertahan, di mana Alex Sandro yang baru pulih daripada kecederaan peha dan tersisih dua perlawanan lalu bagi pasukannya.

Pemain Juventus itu hanya diletakkan dalam senarai pemain simpanan, bermakna Danilo kekal di pertahanan kiri dan Eder Militao kebiasaannya pertahanan tengah buat Real Madrid, akan sekali lagi bermula di pertahanan kanan.

Kesebelasan utama pemain:

Croatia: Dominik Livakovic; Josip Juranovic, Dejan Lovren, Josko Gvardiol, Borna Sosa; Luka Modric (capt), Marcelo Brozovic, Mateo Kovacic; Mario Pasalic, Andrej Kramaric, Ivan Perisic

Jurulatih: Zlatko Dalic (CRO)

Brazil: Alisson Becker; Eder Militao, Thiago Silva (capt), Marquinhos, Danilo; Lucas Paqueta, Casemiro, Neymar; Raphinha, Richarlison, Vinicius Junior

Jurulatih: Tite (BRA)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 10:57 PM