REGRAGUI dijulang barisan pemain selepas berjaya mara ke suku akhir menewaskan Sepanyol. -FOTO AFP
REGRAGUI dijulang barisan pemain selepas berjaya mara ke suku akhir menewaskan Sepanyol. -FOTO AFP
AFP

Doha: Pengendali Maghribi, Walid Regragui menjadi jurulatih pertama Afrika yang berjaya membawa pasukan ke suku akhir Piala Dunia apabila pasukan bimbingannya itu menewaskan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti biarpun hanya mengambil alih tampuk pemerintahan pada Ogos lalu.

Regragui dilantik sebelum kejohanan kerana pergolakan dalam bola sepak Maghribi selepas jurulatih terdahulu Vahid Halilhodzic dipecat kerana 'perbezaan pendapat' dengan persekutuan bola sepak negara itu.

Namun dalam tujuh perlawanan sejak itu, Atlas Lions tidak tewas sebarang perlawanan dan hanya sekali bolos - gol sendiri dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka menentang Kanada yang sudah tersingkir.

Hanya dalam tempoh lima bulan selepas meninggalkan Wydad Casablanca, Regragui menjadi jurulatih antarabangsa buat kali pertama dan menjadikan menjadikan negara asalnya sebagai negara Afrika Utara dan Arab pertama mara ke peringkat lapan terbaik Piala Dunia.

Satu lagi kemenangan menentang Portugal esok akan menjadikan Maghribi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir - mengatasi Cameroon pada 1990, Senegal pada 2002 dan Ghana 2010.

"Jika anda boleh melakukannya, anda boleh, jika tidak, tidaklah," kata pengendali berusia 47 tahun terhadap sejarah yang dilakar oleh jurulatih Afrika atau Arab.

"Ia tiada kaitan dengan orang Arab atau tidak. Saya berjuang untuk itu. Mungkin apabila saya tua, saya mungkin bangga dengan itu tapi buat masa sekarang saya bangga untuk negara saya.

"Dengan jurulatih tempatan ia adalah perkara terbaik untuk saya dan negara saya."

Pasukan Regragui berhempas-pulas menguasai bola untuk menutup ruang ketika menentang Sepanyol Selasa lalu ketika perlawanan pusingan 16 terakhir pertama mereka sejak 1986.

Jurulatih itu melihat beberapa keputusan besar membuahkan hasil dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan taktiknya membenarkan penguasaan Sepanyol membuahkan hasil.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 8:45 AM