KANE pada sesi latihan di Doha, Qatar. -FOTO EPA
KANE pada sesi latihan di Doha, Qatar. -FOTO EPA
AFP

Doha: Harry Kane kini di ambang untuk melakar nama sebagai penjaring terbanyak England namun bintang itu tidak memikirkan perkara itu tapi dengan senang hati bersedia untuk menukar sejarah itu dengan peluang memimpin negaranya menjulang Piala Dunia.

Kane kini akan beraksi di suku akhir awal pagi Ahad ini apabila turun menentang juara dunia Perancis dan hanya satu gol di belakang pemenang rekod Three Lions, Wayne Rooney.

Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol buat kali pertama di Piala Dunia tahun ini ketika mereka mencatatkan kemenangan 3-0 dalam aksi 16 terakhir menentang Senegal Ahad lalu menjadikan jumlah gol England dalam kariernya kepada 52 jaringan.

Kane akan turut mengatasi rekod Gary Lineker sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa England di kejohanan utama dengan 11 gol.

Pengendali England, Gareth Southgate lega dapat melihat Kane menamatkan keraguan mengenai prestasi Kane dengan berkata: "Mana-mana penyerang tengah mahu mencatatkan sesuatu dan sudah tentu baginya ia mahu menghentikan semua persoalan."

Pernah memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia 2018 dengan enam gol dalam perjalanan England ke separuh akhir, Kane sudah mengetahui betapa dia bernilai kepada pasukan.

Tapi kematangannya dan sifat tidak mementingkan diri itu penting untuk kejayaan England kerana dia memainkan peranan yang mungkin tidak menghasilkan gol tapi membantu rakan pasukan seperti Phil Foden dan Bukayo Saka untuk menyinar.

Hantaran tepat Kane ketika membantu Bellingham membolehkan pemain remaja itu memberi bantuan untuk gol pembukaan Jordan Henderson ketika menentang Senegal.

"Saya fikir dia mula mencari lebih banyak ruang pada separuh masa kedua dan permainannya juga lebih baik jadi ia penting untuk dia dan kami," kata Southgate.

Walaupun Kane seorang yang agak pendiam di atas padang, Saka mendedahkan kaptennya tidak segan silu memberikan melaungkan semangat sebelum perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 7:38 AM