LIMA senarai perlawanan berprofil tinggi yang disenaraikan Fury untuk tahun depan. FOTO Agensi
LIMA senarai perlawanan berprofil tinggi yang disenaraikan Fury untuk tahun depan. FOTO Agensi
Agensi

London: Tyson Fury sengaja mengusik peminatnya dengan menyenaraikan pertarungan berprofil tinggi tahun depan apabila berkongsi senarai berkenaan di media sosial.

Juara dunia WBC itu memuat naik grafik di Twitter mengenai lima pertarungan berpotensi yang bakal diadakan walaupun masih ada lagi pertembungan lain lebih menarik.

Jelas peminatnya kurang bersetuju untuk aksi kali ketiga Fury dengan Derek Chisora berada dalam senarai berkenaan.

Fury tidak menyenaraikan pertembungan dengan Oleksandr Usyk yang baru dinobatkan sebagai juara dunia WBA, IBF, WBO dan IBO.

"Kenapa Chisora? Anda kata akan ada pertarungan hebat tahun depan tapi menyenaraikan Derek Chisora.

"Tidak ada siapa mahu melihat pertembungan dengan Chisora," kata peminat Fury di laman sosial.

Dalam lima senarai berkenaan Fury turut menyenaraikan pertembungan dengan Deontay Wilder, Dillian Whyte dan Anthony Joshua.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 2:25 PM