FURY kembali umumkan persaraan selepas dua hari. -FOTO Agensi
FURY kembali umumkan persaraan selepas dua hari. -FOTO Agensi
Agensi

London: Tyson Fury mengumumkan persaraan dari tinju sekali lagi hanya beberapa hari selepas mengumumkan perancangannya untuk kembali ke gelanggang.

Gypsy King menamatkan persaraannya yang singkat yang diumumkan selepas menumbangkan Dillian Whyte April lalu awal minggu ini mengumumkan akan meneruskan pertarungan dengan Derek Chisora.

Namun juara heavyweight WBC itu memilih untuk tidak kembali ke gelanggang.

Petinju berusia 34 tahun itu menulis di Instagram: "Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua orang yang memberi input dalam kerjaya saya selama ini.

"Selepas perbualan yang panjang dan sukar, saya akhirnya memutuskan untuk tidak lagi bertinju pada ulang tahun kelahiran saya yang ke-34.

"Saya ucapkan Bon Voyage."

Fury membuat keputusan itu hanya selepas dua hari dia mendakwa rakan dan rakan latihan Issac Lowe akan membimbingnya untuk pertarungan ketiga menenatang Chisora.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2022 @ 12:08 PM