Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo. FOTO AFP
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo. FOTO AFP
AFP

Doha: Cristiano Ronaldo tidak menjalani latihan bersama rakan sepasukan Portugal hari ini, menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan mereka di Piala Dunia berdepan Korea Selatan.

Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu menjalani latihan pemulihan khas menurut sumber dari Persekutuan Bola Sepak Portugal.

Ronaldo, tanpa mana-mana kelab sejak meninggalkan Manchester United ketika kejohanan ini, meledak penalti untuk membantu kemenangan 3-2 ke atas Ghana pada perlawanan pembukaan mereka.

Portugal menewaskan Uruguay 2-0 pada perlawanan kedua mereka untuk layak dalam kelompok 16 terbaik, ketika Ronaldo mendakwa dia menjaringkan gol tetapi tidak menyentuh bola dan jaringan itu diberikan kepada rakan sepasukannya, Bruno Fernandes.

Keputusan seri menentang Korea Selatan pada Jumaat sudah memadai untuk mengesahkan tempat mereka di kedudukan teratas. Sementara mereka mungkin tidak kekal di atas jika tewas manakala Ghana pula menang dengan defisit tiga gol.

Ketika sesi latihan Portugal, penyerang Benfica, Goncalo Ramos, 21, dilihat menyertai 10 pemain kebiasaan yang memulakan permainan tanpa kehadiran Ronaldo.

Jika Ronaldo tidak beraksi menentang Korea Selatan, selain Ramos, penyerang RB Leipzig, Andre Silva atau pemain AC Milan, Rafael Leao mungkin berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan.

"Saya membuat persediaan untuk berada di dalam padang, sama seperti semua orang yang lain.

"Ia terpulang kepada jurulatih untuk buat pilihan. Terpulang kepada saya juga untuk membuat persediaan dan anda pasti bahawa saya sudah bersedia." kata Silva.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2022 @ 12:01 AM