HAALAND menjadi watak penting Man City. FOTO AP
HAALAND menjadi watak penting Man City. FOTO AP
Reuters

London: Pasukan perubatan Manchester City bekerja sepanjang masa untuk memastikan penyerang utamanya, Erling Haaland kembali cergas, kata pengurus, Pep Guardiola menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri menentang Leicester City, tengah malam ini.

Haaland, yang menyertai Borussia Dortmund musim ini, sudah menjaringkan 45 gol dalam semua pertandingan untuk City, rekod semusim untuk mana-mana pemain di Liga Perdana.

Terdapat kebimbangan mengenai tahap kecergasan Haaland selepas dia terlepas beraksi 16 perlawanan kerana kecederaan ketika bersama Dortmund musim lalu, tetapi pemain antarabangsa Norway itu hanya terlepas empat perlawanan untuk City setakat ini.

"Saya tidak tahu apa yang dia lakukan di Dortmund tetapi kami menjaganya 24 jam," kata Guardiola kepada pemberita.

"Kami mempunyai doktor dan ahli fisioterapi yang luar biasa, mereka berada di belakangnya setiap saat sepanjang hari.

"Sukar untuk memahami mengapa anda membelanjakan banyak wang (untuk pemain) dan kemudian meninggalkan mereka. Saya tidak tahu apa yang kelab lain lakukan."

Guardiola berkata memastikan Haaland cergas sepenuhnya adalah penting ketika mereka bakal melalui jadual padat.

"Dengan jadual perlawanan yang mencabar setiap tiga atau empat hari, kami perlu menjaga tahap kecergasan setiap pemain," kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2023 @ 5:26 PM