MBAPPE (kanan), Messi dan Neymar meraikan jaringan ketika berdepan Maccabi. FOTO EPA
MBAPPE (kanan), Messi dan Neymar meraikan jaringan ketika berdepan Maccabi. FOTO EPA
Reuters

Paris: Jurulatih Paris St Germain, Christophe Galtier menyaksikan sendiri Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar memporak-peranda Maccabi Haifa dalam saingan Liga Juara-Juara pagi tadi.

Beliau mengakui bahawa sangat beruntung mempunyai trio berkenaan di bawah arahannya.

Messi dan Mbappe meledak dua gol, manakala Neymar turut mencetak nama sebagai penjaring ketika menang 7-2 sekali gus memastikan tempat PSG ke pusingan 16 akhir dari Kumpulan H.

Messi sekarang ini sudah meledak 129 gol dalam saingan Liga Juara-Juara dan walaupun sudah berusia 35 tahun dia kelihatan akan terus menemui sentuhan jaringan terutama dengan adanya Mbappe dan Neymar dalam formasi 4-3-3.

"Saya melihat pemain menikmati perlawanan dan ia adalah sangat penting.

"Saya terpaksa memikirkan bagaimana tiga pemain hebat kami di hadapan boleh menonjolkan diri mereka sebaik mungkin dan sistem itu boleh menjadi sangat penting.

"Memang sangat bertuah dapat melatih mereka, melihat mereka bermain setiap hari. Bagi jurulatih, ia bagaikan syurga," kata Galtier.

Messi dan Mbappe juga mengakhiri saingan dengan dua bantuan gol setiap seorang, manakala gerakan menggelecek Neymar menyebabkan Sean Goldberg menjaringkan gol sendiri.

"Saya mendapat tempat duduk di barisan hadapan untuk menonton mereka malam ini.

"Kami semua kagum, kerana mereka melakukan perkara yang orang lain tidak boleh lakukan. Ia benar-benar satu keistimewaan," kata pemain tengah PSG, Vitinha.

"I had a front-row seat to watch them tonight," PSG midfielder Vitinha said. "We're all impressed, because they do things that others can't. It's really a privilege."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 7:54 AM