PSG tewas kepada Lens 1-3. -FOTO AFP
PSG tewas kepada Lens 1-3. -FOTO AFP
AFP

Lens, Perancis: Paris Saint-Germain, tanpa pemenang Piala Dunia, Lionel Messi dan bintang Brazil, Neymar, tewas buat kali pertama dalam mana-mana pertandingan sejak sejak 20 Mac tahun lalu kepada Lens 1-3.

"Lens berhak menang," kata pengendali PSG, Christophe Galtier.

Lois Openda menjaringkan satu gol dan membantu satu lagi buat Lens, yang hanya tewas sekali dalam saingan Ligue 1 musim ini merapatkan jurang dengan PSG di tangga teratas kepada empat mata selepas 17 perlawanan.

"Kami gembira ketinggalan empat mata," kata jurulatih Lens, Franck Haise,

"Kemenangan ini membuktikan kami mampu menewaskan sesiapa saja dalam kejuaraan ini.

Kekalahan terakhir PSG adalah sembilan bulan lalu, 0-3 di tangan Monaco dalam saingan Ligue 1.

Pada aksi itu PSG terpaksa turun tanpa kehadiran Messi yang masih lagi bercuti meraikan kejayaan bersama Argentina dan Neymar direhatkan kerana digantung satu perlawanan.

Namun PSG menurunkan pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Kylian Mbappe menerajui serangan PSG dan dia menerima sambutan hangat oleh penyokong Lens di atas kecemerlangannya bersama Perancis di Qatar.

Lens mendahului permainan pada minit kelima menerusi Przemyslaw Frankowski.

Hugo Ekitike menyamakan kedudukan tiga minit kemudian sebelum Openda kembali meletakkan Lens di depan.

Di babak kedua, Openda mengumpan bola kepada Alexis Claude Maurice untuk gol ketiga Lens.

Messi akan kembali menyertai skuad PSG esok

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2023 @ 8:31 AM