SANCHO menjaringkan gol kemenangan United ketika berdepan Leicester. FOTO EPA
SANCHO menjaringkan gol kemenangan United ketika berdepan Leicester. FOTO EPA
AFP

Leicester: Jadon Sancho meledak gol kemenangan ketika Manchester United mengalahkan Leicester 1-0 pagi tadi, tatkala penyerang England itu membuktikan bahawa dia masih mempunyai peranan walaupun menandatangani pemain sayap Brazil, Antony.

Sancho menjaringkan gol dengan penyudah klinikal pada separuh masa pertama untuk memastikan kemenangan ketiga berturut-turut United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ia adalah sumbangan tepat pada masanya dari Sancho, berlaku hanya beberapa jam selepas United secara rasmi mengesahkan pembelian Antony dari Ajax dengan nilai £82 juta (RM424 juta).

Pengurus United, Erik ten Hag bekerjasama dengan Antony di Amsterdam dan pemain berusia 22 tahun itu nampaknya akan menjadi pemain sayap kanan yang kini diisi Sancho.

Sancho melakukan yang terbaik untuk mengingatkan Ten Hag mengenai kualitinya apabila meledak gol keduanya musim ini.

United naik ke tangga kelima dan hanya ketinggalan satu mata di belakang kelompok empat teratas tatkala Ten Hag mula memberi impak selepas permulaan mimpi ngeri dalam pentadbirannya.

Dikalahkan oleh Brighton dan Brentford dalam dua perlawanan pertama permulaan era Ten Hag, United terperosok di tangga terbawah tanpa kelihatan meyakinkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, Ten Hag berpuas hati dengan kualiti, semangat dan keazaman terbaru yang dipamerkan pasukannya selepas tewas 0-4 di Brentford.

"Ia adalah satu lagi langkah ke hadapan jadi saya gembira dengan itu. Kami menunjukkan semangat berpasukan yang baik. Kami mempunyai 11 pemain di atas padang yang berjuang untuk satu sama lain dan menjaringkan gol pasukan yang indah.

"Apabila kami mempunyai 11 pemain di atas padang yang boleh bertahan dan menyerang bersama, dan kami mempunyai tenaga, anda lihat apa yang anda boleh capai.

"Namun, terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan tetapi itu adalah perkara biasa pada peringkat musim ini. Dengan keputusan yang lebih baik kami sepatutnya menjaringkan gol kedua. Kami harus lebih kejam, " kata Ten Hag.

But Ten Hag was satisfied with his team's latest display of spirit and determination, the qualities he demanded after the 4-0 loss at Brentford.

"It is another step forward so I am happy with that. We showed good team spirit. We had 11 players on pitch who fought for each other and scored a lovely team goal," Ten Hag said.

"When we have 11 players on the pitch who can defend and attack together, and we have energy, you see what you can achieve.

"Still, there is improvements to make but that is normal at this stage of the season. With better decisions we should have scored a second goal. We have to be more ruthless."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2022 @ 8:35 AM