KEWIBAWAAN Harry Maguire sebagai kapten Manchester United diragui ramai termasuk rakan sepasukan dan penyokong. FOTO REUTERS
KEWIBAWAAN Harry Maguire sebagai kapten Manchester United diragui ramai termasuk rakan sepasukan dan penyokong. FOTO REUTERS
Agensi

Manchester: Manchester United bersedia mengekalkan Harry Maguire, tetapi akan mencari bek tengah baharu jika dapat melepaskan Eric Bailly, Phil Jones atau Axel Tuanzebe pada musim panas ini.

Masa depan Maguire di Old Trafford menjadi persoalan selepas musim mengecewakan apabila prestasi dan kepemimpinan kapten United itu dipertikai sebahagian rakan sepasukannya.

Pengurus baharu, Erik ten Hag merancang untuk mengekalkannya sebagai antara bek tengah di samping Raphael Varane dan Victor Lindelof, walaupun lilitan lengan sebagai kapten mungkin bukan lagi menjadi miliknya.

Ten Hag tidak akan mengambil mudah isu itu selepas bekas jurulatih sementara United, Ralf Rangnick berkata, pemain sepatutnya mengundi untuk memilih siapa bakal menjadi kapten.

Maguire kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Rangnick dan akan berdepan persaingan lebih hebat pada musim depan jika United mendapatkan pemain baharu yang sama posisi dengannya.

Pilihan utama mereka adalah Jurrien Timber, yang bermain di bawah kendalian Ten Hag di Ajax, tetapi United percaya pemain itu mungkin kekal bersama juara Belanda itu menyebabkan rakan sepasukan Timber, Lisandro Martinez dan pemain Villarreal, Pau Torres turut menjadi pilihan.

Ten Hag kini mahu mendapatkan dua bekas anaknya buahnya di Ajax iaitu Frenkie de Jong dan Antony, begitu juga dengan Christian Eriksen.

De Jong adalah sasaran utama United pada ketika mereka terus berunding dengan Barcelona mengenai yuran perpindahan pemain tengah Belanda itu.

United tidak tertekan untuk memenuhi tuntutan Barca sebanyak £70 juta (RM377.35 juta) dan sedia menarik diri daripada rundingan itu.

Manakala pemain sayap Brazil, Antony mungkin berharga £40m (RM215.63) dari Ajax, tetapi Eriksen adalah ejen bebas selepas separuh musim di Brentford.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2022 @ 11:33 AM