SANCHO (kanan) cuba berbaik semula dengan Ten Hag, sekali gus mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama United. FOTO AGENSI
SANCHO (kanan) cuba berbaik semula dengan Ten Hag, sekali gus mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama United. FOTO AGENSI
Agensi

Manchester: Jadon Sancho memadam hantarannya di media sosial yang mengatakan dia adalah kambing hitam di Manchester United.

Tindakan itu dipercayai bagi memulihkan semula hubungannya dengan pengendali pasukan, Erik ten Hag yang sebelum ini mengatakan Sancho tidak diturunkan kerana prestasinya kurang memberangsangkan ketika latihan.

Semalam, Sancho memadam kenyataan kontroversi itu selepas dia bertemu dengan Ten Hag.

Pada ketika masa depan Sancho dan Antony, yang berdepan dakwaan di Brazil, tidak menentu, United sedang mempertimbangkan untuk menandatangani pemain sayap Belanda, Anwar El Ghazi.

Sancho dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi, tetapi ia tidak menjadi kenyataan dan menyebabkan dia kini perlu bersaing bagi merebut kembali tempatnya dalam kesebelasan utama United.

Al-Ettifaq di bawah kendalian Steven Gerrard berminat menandatangani pemain sayap itu secara pinjaman, tetapi tidak bersetuju dengan harga ditetapkan United.

Bekas kelabnya, Dortmund turut mahu mendapatkan kembali Sancho pada jendela perpindahan Januari ini.

Sancho belum diturunkan dalam kesebelasan utama United musim ini dan hanya beraksi tiga kali sebagai pemain gantian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2023 @ 11:42 AM