GABRIEL Jesus (tengah) dikawal ketat ketika cuba merampas bola dari pemain Fulham. -AP
GABRIEL Jesus (tengah) dikawal ketat ketika cuba merampas bola dari pemain Fulham. -AP
AFP

London: Gabriel menebus kesilapan apabila menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Fulham 2-1 di laman sendiri ketika Arsenal mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini awal pagi tadi.

Aleksandar Mitrovic menghukum kesilapan Gabriel untuk memberikan Fulham gol pendahuluan minit ke-56 namun Martin Odegaard menyamakan kedudukan sejam selepas itu.

Gabriel menyempurnakan gol selepas pergelutan depan gol hasil sepakan sudut berbaki lima minit untuk memastikan pasukan kendalian Mikel Arteta itu dua mata di hadapan juara bertahan Manchester City di tangga teratas.

"Ia kemenangan yang bagus menang seperti ini sangat baik," kata Arteta.

"Kami membuat kesilapan dan mereka menghukum kami tetapi bagaimana kami bertindak balas menghadapi kesukaran itu. Cara kami melakukannya, pasukan percaya.

"Mereka mahu memenangi perlawanan itu, mereka berjaya melakukannya dan kami berjaya."

Ditanya sama ada Arsenal kini boleh mencabar gelaran, Arteta cuba mengelak jangkaan terlalu tinggi.

"Tidak, ini hanya permulaan musim. Kami akan berdepan perjalanan yang amat panjang," katanya.

Fulham merasai kekalahan pertama dalam empat penampilan sejak kembali ke liga utama.

Selepas menang tiga perlawanan pembukaan buat pertama kali dalam 18 tahun, Arsenal membuat dua perubahan dalam pasukan yang menewaskan Bournemouth dengan Thomas Partey dan Oleksandr Zinchenko tidak bermain kerana kecederaan.

Kieran Tierney beraksi di pertahanan kiri manakala Mohamed Elneny bersama Granit Xhaka di bahagian tengah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2022 @ 7:59 AM