HOWE puas selepas Newcastle berjaya meraih tiga mata di aksi pembukaan. FOTO Reuters
HOWE puas selepas Newcastle berjaya meraih tiga mata di aksi pembukaan. FOTO Reuters
Reuters

Newcastle: Newcastle United bermula selesa untuk musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila jaringan Fabian Schar dan Callum Wilson membolehkan mereka menang 2-0 atas Nottingham Forest.

Ia permulaan yang kurang menggembirakan buat pelawat yang kembali ke EPL selepas 23 tahun.

Newcastle mendahului apabila pertahanan tengah, Schar merembat dari luar petak penalti pada minit ke-58 sebelum Wilson menambah jaringan 10 minit kemudian.

"Ketika (Schar) melepaskan rembatan saya mempersoalkan keputusannya, tetapi ia adalah yang tepat. Dia mampu melakukan perkara yang tidak dijangka.

"Saya fikir pemain sudah memberikan persembahan sangat baik dari awal hingga akhir. Ia adalah persembahan sebenar. Saya berasa sangat positif selepas menontonnya." kata pengurus Newcastle Eddie Howe.

"Saya mahu melonjakkan diri saya, saya mahu pergi ke Piala Dunia jadi ia adalah mengenai prestasi. Saya kecewa saya tidak menjaringkan lebih banyak gol.

"Kami mendominasi perlawanan tetapi kami tidak menjaringkan gol, pada separuh masa kedua, kualiti menunjukkan... Kami bermula dengan baik hari ini tetapi kami tidak mahu terbawa-bawa dengan kejayaan ini," kata Wilson

Newcastle akan berkunjung ke Brighton & Hove Albion Sabtu depan, manakala Forest menanti kunjungan West Ham United.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2022 @ 11:33 AM