AKSI perlawanan Newcastle menentang Brighton. FOTO Reuters
AKSI perlawanan Newcastle menentang Brighton. FOTO Reuters
Reuters

Newcastle: Newcastle United berjaya mengekang serangan berbahaya pada separuh masa kedua untuk menewaskan Brighton 2-1 dalam aksi Liga Perdana seterusnya meraih tiga mata berharga dalam usaha mereka memastikan tempat dalam saingan utama itu terjamin.

Newcastle yang terlebih dahulu mendahului 2-0 hasil jaringan Ryan Fraser dan Fabian Scharm.

Mereka sebelum ini berada di tangga kedua tercorot liga pada awal tahun tetapi lapan perlawanan tanpa kalah meletakkan Magpies kini tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Pasukan kendalian Eddie Howe ini kini berkedudukan tempat ke-14, lima mata dan satu tempat di belakang Brighton yang kini tewas empat perlawanan.

"Lapan perlawanan tanpa kalah dan untuk melakukannya dalam Liga Perdana, kami kini sudah melonjakkan kedudukan. Kami tidak mahu lagi menoleh ke belakang," kata Fraser.

"Ia satu perlawanan yang sukar. Kami berada di belakang ketika kami tidak patut melakukannya. Melihat kembali perlawanan terdapat detik yang mencemaskan tapi yang penting adalah kemenangan.

Newcastle mendahului pada minit ke-12 dengan gerakan yang disudahkan oleh Fraser.

Brighton terus tertekan apabila Fraser mencipta peluang dua minit selepas itu hasil daripada sepakan percuma apabila menghantar hantaran lintang ke dalam kotak untuk Schar naik ke atas pertahanan dan menanduk masuk melepasi penjaga gol Robert Sanchez.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2022 @ 8:27 AM