JESUS ledak dua gol pada penampilan pertama bersama Arsenal. -FOTO Reuters
JESUS ledak dua gol pada penampilan pertama bersama Arsenal. -FOTO Reuters
Agensi

London: Gabriel Jesus memulakan kariernya dengan sempurna bersama Arsenal apabila meledak dua gol untuk mereka melakarkan kemenangan 5-3 dalam aksi pramusim mentang FC Nurnberg.

Penyerang Brazil yang melengkapkan perpindahan dengan nilai £45 juta (RM239.60 juta) dari Manchester City di masukkan pada babak kedua iaitu penampilan pertama pertamanya bersama Gunners.

Dia hanya memerlukan 90 saat untuk menjaringkan gol dan membantu kebangkitan Arsenal di Stadium Max Morlock, pangkalan pasukan divisyen dua Jerman itu.

Skuad Mikel Arteta nampak seperti hilang arah pada babak pertama apabila membiarkan tuan rumah mendapat dua gol awal sebelum empat perubahan dilakukan termasuk membawa masuk pemain Brazil itu pada babak kedua.

Gol pertama Gabriel menyaksikan dia bermain satu dua dalam kotak penalti bersama Eddie Nketiah sebelum meledak ke penjuru yang membawa Arsenal merapatkan kedudukan 2-1.

Dia kemudian menyambar hantaran Gabriel Martinelli dan mengatasi penjaga gol.

Mohamed Elneny juga masuk dari bangku simpanan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-54.

Gabriel kemudian bergandingan dengan Eddie Nketiah dan Martinelli yang membawa kepada gol sendiri lawan tiga minit kemudian.

Satu lagi gol sendiri hadir selepas cubaan Nketiah terkena palang pada minit ke-64 dan masuk ke gawang selepas terkena lawan.

Nurnberg kembali merapatkan jaringan selepas Arteta membuat beberapa perubahan namun Gabriel mengembalikan kelebihan dua gol berbaki 15 minit permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 9:05 AM