FODEN (kiri) disahkan positif Covid-19. FOTO EPA
FODEN (kiri) disahkan positif Covid-19. FOTO EPA
AFP

London: Pemain tengah England, Phil Foden terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA menentang Hungary dan Jerman selepas positif Covid-19.

Pemain Manchester City itu sudah meninggalkan pusat latihan skuad kebangsaan tetapi pengendali England, Gareth Southgate berkata dia mungkin akan kembali untuk perlawanan di laman sendiri menentang Itali dan Hungary pada 11 dan 14 Jun.

"Phil Foden didapati positif Covid-19 jadi dia terpaksa pergi. Saya harap dia akan kembali bersama selepas kami pulang dari Jerman.

"Ia bergantung kepada gejala dialaminya dan bagaimana pernafasannya. Ia berbeza terhadap setiap orang," kata Southgate.

England akan menentang Hungary di Budapest esok dengan sekurang-kurangnya 30,000 penonton dijangka hadir walaupun tuan rumah diarahkan untuk bermain tanpa penonton susulan isu perkauman tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2022 @ 10:25 PM