IBRAHIMOVIC beri bayangan akan kembali sarung jersi Sweden.
IBRAHIMOVIC beri bayangan akan kembali sarung jersi Sweden.
AFP

PENYERANG veteran Sweden Zlatan Ibrahimovic memberi bayangan hari ini akan kembali ke kancah bola sepak antarabangsa untuk Piala Dunia di Russia.

Pemain Manchester United berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan sepanjang tempoh setahun dan bersara daripada tugas bersama Sweden selepas Euro 2016.

“Saya rindukan pasukan kebangsaan,” katanya kepada media Sweden.

“Jika saya mahu, saya akan lakukannya. Saya yakin mampu memberikan persembahan terbaik.”

Bekas bintang Paris Saint-Germain itu hanya beraksi dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini untuk skuad United kendalian Jose Mourinho, di mana perlawanan terakhirnya menyaksikan dia digantikan pada separuh masa kedua ketika seri 2-2 dengan Burnley pada Disember.

Sweden layak tanpa kehadiran Ibrahimovic menerusi kemenangan 1-0 ke atas juara dunia empat kali Itali, dalam dua aksi playoff November lalu.

Ibrahimovic menjaringkan 62 gol dalam 116 penampilannya bersama Sweden.

Pasukan Scandinavia itu memulakan kempen Piala Dunia berdepan Korea Selatan di Nizhny Novgorod pada 18 Jun, sebelum perlawanan lain Kumpulan F menentang juara bertahan Jerman dan Mexico.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Mac 2018 @ 8:07 AM