Berikutan undian yang dijalankan dan trofi Liga Europa dipamerkan di Switzerland. FOTO EPA
Berikutan undian yang dijalankan dan trofi Liga Europa dipamerkan di Switzerland. FOTO EPA
AFP

Paris: Berikut undian aksi suku akhir dan separuh akhir Liga Europa yang diadakan di ibu pejabat UEFA dekat Nyon, Switzerland, sebentar tadi.

Wakil Jerman, RB Leipzig berdepan kelab Itali, Atalanta manakala kelab Jerman, Eintracht Frankfurt menentang gergasi Sepanyol, Barcelona.

Sementara dalam aksi suku akhir ketiga bagi wakil Inggeris, West Ham United berdepan kelab Perancis, Lyon manakala kelab Portugal, Braga menentang juara liga Scotland, Rangers.

Bagi saingan separuh akhir pula RB Leipzig atau Atalanta akan berdepan pemenang antara Braga atau Rangers sementara West Ham United atau Lyon menentang Eintracht Frankfurt atau Barcelona.

Aksi suku akhir pertama berlangsung pada 7 April manakala perlawanan timbal balik pada 14 April.

Saingan separuh akhir pertama pula bermula pada 28 April manakala perlawanan kedua pada 5 Mei.

Sementara perlawanan final berlangsung di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan dekat Seville, Sepanyol pada 18 Mei depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 9:29 PM