PEMAIN Frankfurt, Filip Kostic (kiri) bersaing dengan Gavi dalam aksi sebentar tadi. FOTO EPA
PEMAIN Frankfurt, Filip Kostic (kiri) bersaing dengan Gavi dalam aksi sebentar tadi. FOTO EPA
Reuters

Frankfurt: Barcelona dikejutkan dengan tentangan sengit diberikan Eintracht Frankfurt namun mereka sudah mengambil langkah pertama untuk mara ke separuh akhir Liga Europa apabila jaringan Ferran Torres menjadikan kedudukan seri 1-1 pada aksi pertama suku akhir sebentar tadi.

Torres menafikan jaringan pembukaan Ansgar Knauff pada separuh masa pertama dalam pertembungan sengit yang berlangsung di Waldstadion, di mana tuan rumah menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, West Ham United juga mencatat keputusan seri 1-1 di laman sendiri ketika berdepan Olympique Lyon dan Aaron Creswell diperintah keluar padang di hujung separuh masa kedua.

Jarrod Bowen membuka jaringan pada minit ke-52 selepas Jerome Boateng melakukan kesilapan, namun Tanguy Ndombele berjaya menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-66.

Rangers pula tumpas 0-1 kepada Braga, dengan kelab dari Portugal itu berjaya meraih jaringan di atas penguasaan lima minit terakhir separuh masa pertama apabila Abel Ruiz meledakkan rembatan deras,

Dalam aksi awal, Atalanta dan RB Leipzig seri 1-1 di Red Bull Arena.

Luis Muriel meletakkan pasukan pelawat di depan selepas 17 minit apabila melepaskan rembatan lencong, dengan kedua-dua pasukan menyaksikan percubaan mereka mengenai palang di separuh masa pertama.

Leipzig, yang terlepas penalti melalui Andre Silva, menyamakan kedudukan pada minit ke-59 apabila Davide Zappacosta tertampan bola ke gawang sendiri berpunca dari hantaran lintang Angelino.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2022 @ 6:46 AM