RIYAD Mahrez raikan kejayaan menjaringkan gol keempat. -FOTO Reuters
RIYAD Mahrez raikan kejayaan menjaringkan gol keempat. -FOTO Reuters
AFP

Manchester: Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez masing-masing meledak dua gol ketika Manchester City untuk terus mendahului kedudukan Liga Perdana dengan kelebihan enam mata apabila membelasah Manchester United 4-1 di Etihad awal pagi tadi.

Kekalahan itu bermakna wujud jurang 22 mata antara kedua-dua kelab dan satu lagi ancaman terhadap peluang United layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad Red Devils kini mengejar Arsenal di tangga keempat dengan ketinggalan satu mata selain lawan memiliki tiga perlawanan dalam tangan.

Di persada liga, Liverpool juga ada satu perlawanan tambahan untuk mengurangkan kelebihan City kepada tiga mata.

Skuad kendalian Pep Guardiola membalas tekanan diberikan lawan selepas menang tujuh aksi liga dengan bangkit daripada dua aksi di bawah kemampuan sebenar berdepan Tottenham dan Everton.

United tanpa kehadiran penyerang yang cedera, Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani selain pertahanan, Raphael Varane serta Luke Shaw yang masing-masing positif COVID-19.

De Bruyne meledak pada minit kelima dan 28 sebelum Jadon Sancho merapatkan kedudukan pada minit ke-22.

City membalas menerusi dua lagi gol Riyad Mahrez masing-masing pada minit ke-68 dan penamat saingan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2022 @ 7:50 AM