AKSI Alvarez menjaringkan gol kedua City.  FOTO Reuters
AKSI Alvarez menjaringkan gol kedua City. FOTO Reuters
AFP

Manchester, United Kingdom: Julian Alvarez membalas kepercayaan jurulatih Pep Guardiola dengan bergaya apabila menjaringkan satu gol dan mencipta dua bantuan jaringan ketika Manchester City bangkit menewaskan Sevilla 3-1, awal pagi tadi.

Juara Inggeris itu beraksi tanpa peledak berbisa mereka, Erling Haaland susulan kecederaan kaki dan dengan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan G terjamin, Guardiola merehatkan Kevin De Bruyne, Rodri, Bernardo Silva dan Joao Cancelo di bangku simpanan.

City ketinggalan sebelum rehat apabila Rafa Mir meletakkan Sevilla di depan menerusi tandukan tetapi Rico Lewis berusia 17 tahun menyamakan kedudukan pada awal babak kedua sebelum hantaran De Bruyne disempurnakan Alvarez untuk gol keempatnya musim ini.

Pemain Argentina itu bergandingan dengan Riyad Mahrez yang melengkapkan kemenangan tujuh minit sebelum permainan tamat.

"Antara punca mengapa ia malam hebat buat Julian ialah dia mencipta dua bantuan dan jaring satu gol.

"Kami tahu betapa bagus dan kualiti dimilikinya. Hari ini dia sabar."

Kemenangan itu membolehkan City menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan lima mata di depan Borussia Dortmund manakala Sevilla di tempat ketiga dan akan bermain di Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2022 @ 7:50 AM