PEMAIN Manchester City, Bernardo Silva (kiri) meraikan jaringan bersama Raheem Sterling pada aksi menentang Arsenal di Stadium Emirates. FOTO EPA
PEMAIN Manchester City, Bernardo Silva (kiri) meraikan jaringan bersama Raheem Sterling pada aksi menentang Arsenal di Stadium Emirates. FOTO EPA
Reuters

MANCHESTER City, yang menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan kelebihan 19 mata, memulakan kempen mempertahan kejuaraan dengan cemerlang selepas menewaskan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates sebentar tadi.

Skuad kendalian Pep Guardiola yang cuba mengikut jejak Manchester United mempertahankan kejuaraan pada tahun 2009, meraih tiga mata pertama menerusi jaringan Raheem Sterling dan Bernardo Silva.

Sterling mudah melepasi dua pemain Arsenal yang dikendali Unia Emery untuk meletak City di depan pada minit ke-14. Ia adalah gol liga ke-50 Sterling.

Empat minit selepas pemain baharu Riyad Mahrez dari Leicester City digantikan oleh Kevin De Bruyne (m-60), Bernardo Silva memastikan kemenangan buat juara bertahan itu.

Bagi Arsenal, ini adalah perlawanan kompetitif pertama tanpa Arsene Wenger sejak September 1996. - REUTERS

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Ogos 2018 @ 1:49 AM