SALL (kiri) memberi anugerah kepada pertahanan Senegal Kalidou Koulibaly. -FOTO AFP
SALL (kiri) memberi anugerah kepada pertahanan Senegal Kalidou Koulibaly. -FOTO AFP
AFP

Dakar: Presiden Senegal, Macky Sall menghadiahkan sebidang tanah dan wang tunai kepada pasukan bola sepak kebangsaan negara itu selepas mereka menjulang Piala Negara-Negara Afrika.

Sall turut menganugerahkan pemain Senegal penghormatan tertinggi menjadikan mereka sebagai penerima Grand Officers of the National Order of the Lion.

"Dengan kekuatan fizikal dan daya pemikiran kreatif anda mengubah perjalanan sejarah," katanya.

"Kita mengimpikan piala ini dan anda membina impian ini dan membuatkannya menjadi kenyataan," tambahnya.

Diketuai oleh bintang Liverpool Sadio Mane, Senegal mengatasi Mesir yang dibarisi Mohamed Salah melakarkan kemenangan 4-2 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir di Cameroon.

Ia adalah kejayaan bermakna Senegal selepas lebih 50 tahun menyertai kejohanan itu dan mencetuskan sambutan meriah di seluruh Dakar.

Ribuan penyokong membanjiri jalan-jalan di bandar yang dihuni tiga juta orang itu pada Isnin lalu selepas diisytiharkan cuti umum oleh kerajaan untuk menyambut kepulangan pasukan itu dari Cameron.

Bagaimanapun tiga orang meninggal dunia ketika sambutan berkenan.

Sall mengumumkan hadiah wang tunai AS$87,000 (RM364,136) kepada ahli pasukan termasuk plot seluas 500 meter persegi di kawasan perumahan dekat Diamniadio, satu hab ekonomi dan industri sekitar 45 kilometer dari Dakar, tempat stadium kebangsaan baharu akan dirasmikan pada 22 Februari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 8:59 AM