AFP

Dakar: Sebelas bayi yang baru lahir maut dalam kebakaran hospital di bandar Tivaouane, dekat barat Senegal.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Senegal, Macky Sall sebelum tengah malam, menerusi ciapannya di Twitter.

"Saya baru sahaja menerima berita sedih mengenai kematian 11 bayi yang baru lahir dalam kebakaran di jabatan neonatal hospital awam," katanya menerusi Twitter..

"Saya zahirkan rasa simpati kepada ibu mereka," tambah Sall.

Menurut Ahli Politio Senegal, Diop Sy, insiden itu berlaku di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di hab pengangkutan Tivaouane, dan berpunca daripada litar pintas.

"Api merebak dengan cepat," katanya.

Datuk Bandar Demba Diop berkata, tiga bayi diselamatkan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh baru sahaja dirasmikan.

Kejadian serupa berlaku di bandar utara Linguere, pada akhir bulan lalu, apabila kebakaran berlaku di hospital dan empat bayi yang baru lahir terkorban.

Diop memaklumkan kejadian berpunca akibat kerosakan elektrik pada unit penghawa dingin di wad bersalin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2022 @ 10:41 AM