SALLING hadapi tuduhan jenayah.
SALLING hadapi tuduhan jenayah.
MichelleGun

Bintang siri muzikal Glee, Mark Salling ditemui mati tergantung di pokok di sebuah lokasi enam kilometer dari kediamannya di Sunland, Los Angeles, semalam.

Menurut Daily Mail, keluarga Salling membuat laporan polis, awal pagi semalam selepas mendapati pelakon itu hilang.

Mereka bimbang pelakon berusia 35 tahun itu cuba melakukan sesuatu terhadap dirinya.

Ogos tahun lalu, Salling dilaporkan cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya.

Kemudian pada Disember lalu, dia memberitahu hakim ada mengambil ubat kerana mengalami tekanan perasaan.

Portal TMZ melaporkan, polis percaya pelakon itu sudah lama meninggal dunia.

Berdasarkan siasatan, polis berkata, Salling membunuh diri dan tiada unsur khianat ditemui di lokasi kejadian.

Salling bakal dihadapkan ke mahkamah pada 7 Mac ini selepas mengaku tidak bersalah menyimpan lebih 50,000 bahan lucah kanakĀ­kanak.

Sekiranya didapati bersalah, pelakon itu boleh berdepan hukuman penjara empat hingga tujuh tahun.

Berita sedih itu mengejutkan rakan pelakon Glee, Matthew Morrison dan Jane Lynch yang meluahkan kesedihan mereka di media sosial.

Dalam empat musim siri Glee, Salling memegang watak sebagai Noah Puckerman.

Selain berlakon, Salling yang juga penyanyi pernah tampil dengan dua album, Smoke Signals (2008) dan Pipe Dreams (2010).

Pada 2013, Glee kehilangan seorang pelakon, Cory Montieth yang meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2018 @ 1:55 AM