REAKSI Ronaldo ketika beraksi bersama Man United. FOTO EPA
REAKSI Ronaldo ketika beraksi bersama Man United. FOTO EPA
Agensi

London: Bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland berkongsi pandangannya mengenai tiga pemain terbaik dunia pilihannya dengan Cristiano Ronaldo tidak berada dalam senarai bintang Norway itu.

Haaland menjadi watak penting Dortmund sejak dua tahun lalu apabila menjaringkan 80 gol sepanjang 79 perlawanan sekali gus menjadikannya pemain paling diidamkan di dunia.

Ketika ditanya siapakah pemain terbaik dunia ketika ini, Haaland menamakan bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Tetapi tiada tempat untuk ikon Manchester United, Ronaldo yang sering digelar pemain terbaik dunia dalam pasukan impian Haaland.

Haaland memberitahu Sky Sports: "Ia soalan yang baik dan saya rasa Lewandowski berada di tempat pertama, (Karim) Benzema juga cemerlang, begitu juga dengan (Lionel) Messi.

"Jadi Benzema dan Messi berkongsi tempat kedua dan ketiga."

Sejak kembali ke England, Ronaldo kekal mempamerkan aksi konsisten dengan meledak gol namun Manchester United dilihat bergelut.

Ronaldo dan Messi sering mendominasi bola sepak dunia sejak sedekad lalu dengan ramai yang mempunyai pandangan berbeza mengenai siapakah antara mereka berdua adalah pemain terbaik dunia.

Sejak akhir-akhir ini, Lewandowski mula memberi cabaran kepada kedua-dua bintang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 10:24 AM