Erling Braut Haaland jadi buruan kelab Eropah. FOTO Agensi
Erling Braut Haaland jadi buruan kelab Eropah. FOTO Agensi
Agensi

Berlin: Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn mengesahkan kelab gergasi Jerman itu tidak akan memburu tandatangan Erling Braut Haaland tahun depan.

Juara Bundesliga itu adalah salah satu daripada beberapa kelab elit yang bertarung memburu bintang Borussia Dortmund berkenaan apabila pemain itu mengaktifkan klausa pelepasan pada musim panas akan datang.

Bayern berdepan kemelut mengenai masa depan bintang penyerang mereka, Robert Lewandowski, tetapi Kahn tidak menjangkakan pemain kebangsaan Poland itu akan meninggalkan kelab pada bila-bila masa.

Apabila ditanya mengenai minat kelab itu terhadap Haaland, Kahn memberitahu Suddeutsche Zeitung: "Kami mempunyai Robert Lewandowski. Dia akan menjaringkan 30 atau 40 gol untuk tempoh beberapa tahun lagi."

Difahamkan beberapa kelab Eropah seperti Manchester United, Barcelona, Paris Saint-Germain, Real Madrid dan Manchester City antara yang mengidamkan khidmat penyerang Norway itu pada tahun depan.

Haaland meledak 76 gol dalam 75 perlawanan buat Dortmund dalam semua pertandingan, selain meledak 19 gol dalam 16 penampilan pada kempen 2021-22.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 9:46 AM