BENSEBAINI (dua kanan) meraikan jaringan kemenangan pada separuh akhir Piala Perancis di Stadium Groupama, Lyon, awal pagi tadi. — FOTO AFP
BENSEBAINI (dua kanan) meraikan jaringan kemenangan pada separuh akhir Piala Perancis di Stadium Groupama, Lyon, awal pagi tadi. — FOTO AFP
Reuters

STADE Rennes layak ke final Piala Perancis ketika jaringan lewat Ramy Bensebaini menjurus kemenangan 3-2 di Olympique Lyonnais, awal pagi tadi.

Rennes mendahului dua kali menerusi gol Mbaye Niang dan Benjamin Andre namun Lyon bangkit menyamakan kedudukan menerusi Bertrand Traore dan Moussa Dembele sebelum pertahanan Bensebaini membantu kemaraan pelawat.

Rennes akan bertemu sama ada Paris Saint-Germain atau Nantes pada final di Stade de France, 27 April depan.

Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas, yang dijangka menyambung kontrak jurulatih Bruno Genesio selama dua tahun lagi berkata, beliau akan menunggu hingga hujung musim ini sebelum membuat keputusan.

“Saya pasti menawarkan beliau sambungan kontrak dua tahun jika kami layak ke final dan berakhir dalam kelompok tiga teratas Ligue 1,” kata Aulas kepada wartawan.

Lyon di tangga ketiga carta, tujuh mata di depan pasukan tangga keempat St Etienne dengan berbaki lapan perlawanan.

“Kami tidak menolak kemungkinan menyambung kontraknya hujung musim ini,” jelas Aulas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 11:30 AM