CHENG Hoe akui JDT miliki kelebihan. FOTO Bernama
CHENG Hoe akui JDT miliki kelebihan. FOTO Bernama
Firdaus Hashim


Petaling Jaya: Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok bakal berlangsung sengit dengan pasukan terbaik akan keluar selaku pemenang.

Katanya, Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah tentu akan tampil selaku pilihan berdasarkan kepada resputasi hebat dimiliki juara lapan kali berturut-turut Liga Super itu.

Begitupun, beliau melihat Kuala Lumpur City FC (KL City) juga mempunyai peluang dan skuad kendalian Bojan Hodak itu pastinya tidak akan memberi laluan mudah kepada anak didik Benjamin Mora.

"Sebagai jurulatih semestinya kita ingin melihat perlawanan terbaik dan menghiburkan kerana ini perlawanan yang cukup berprestij sempena sambutan edisi ke-100.

"Jadi kita nampak suasana dan sambutan cukup baik. Sesiapa yang menunjukkan persembahan terbaik pada malam itu, saya rasa pasukan itu dapat kejuaraan.

"Memang kalau dari segi atas kertas kita nampak JDT ada kelebihan dan sudah tentu kita tahu kualiti setiap pemain JDT. Saya rasa KL pun boleh beri satu tentangan hebat kepada JDT. Seperti saya sebutkan, sesiapa yang menunjukkan persembahan terbaik malam itu, boleh dapat juara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 November 2021 @ 10:58 PM