BENZEMA raikan kejayaan meledakkan gol. FOTO AFP
BENZEMA raikan kejayaan meledakkan gol. FOTO AFP
AFP

Tiraspol, Moldova: Karim Benzema meledakkan gol selepas beberapa jam dia didapati bersalah kerana kes memeras ugut ketika Real Madrid menewaskan Sheriff Tiraspol 3-0 untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Penyerang Perancis itu menjaringkan gol ketiga buat pasukannya menerusi persembahan mantap di Transnistria buat Real membalas dendam di atas kekalahan mengejut 2-1 kepada Sheriff di Madrid awal musim ini.

Kemenangan itu membolehkan gergasi Sepanyol itu kembali menguasai Kumpulan D, dua mata mengatasi Inter Milan di tempat kedua yang turut layak ke saingan 16 terbaik selepas menewaskan Shakhtar Donetsk 2-0.

Madrid kini hanya perlu mengelak kekalahan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Inter di Santiago Bernabeu untuk kekal sebagai pendahulu kumpulan.

"Kami akan teruskan usaha ini. Saya suka cara kami bermain," kata jurulatih Real Carlo Ancelotti sebelum ini membawa pasukannya menewaskan 1-0 pada perlawanan pertama kumpulan September lalu.

"Skuad berada dalam keadaan baik, setiap pemain mempunyai tahap fizikal yang kuat. Ia penting untuk kami tamatkan sebagai juara dan kami akan berusaha untuk menamatkan kempen kumpulan dengan cara kami bermula."

Kekalahan itu menamatkan harapan Sheriff untuk mara ke pusingan seterusnya namun kempen pertama dalam aksi Liga Juara-Juara pasti tidak akan dapat dilupakan apabila mereka kini menghuni kedudukan ketiga peringkat kumpulan dan mengesah tempat dalam saingan kalah mati Liga Europa.

Sementara itu Benzema dijatuhkan hukuman setahun kerana bersubahat dalam memeras ugut bekas rakan sepasukannya di Perancis Mathieu Valbuena.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 9:43 AM