AKSI Real Madrid menentang Espanyol. FOTO EPA
AKSI Real Madrid menentang Espanyol. FOTO EPA
AFP

Madrid: Real Madrid berdepan kekalahan paling teruk musim ini kata jurulatihnya Carlo Ancelotti selepas tewas 1-2 kepada Espanyol, kekalahan pertama mereka dalam saingan La Liga musim ini.

Real sebelum ini tewas kepada pasukan kerdil Moldovan, Sheriff Tiraspol pada Selasa lalu dalam saingan Liga Juara-Juara, melepaskan peluang untuk mengatasi Atletico Madrid yang menewaskan Barcelona 2-0 Sabtu lalu dan kini mengikat mata kepada 17 dengan musuh mereka itu.

Real Sociedad kini turut mengumpul 17 mata selepas mengikat Getafe 1-1.

"Tak banyak yang boleh dikatakan," kata Ancelotti selepas tewas dalam ketiga perlawanan selepas seri dengan Villarreal pada perlawanan terlalu.

"Kami gagal untuk tenang, melakukan apa yang dirancang. Pasukan tidak dapat beraksi dengan baik sama ada bersama bola atau tidak.

"Secara jujurnya ia adalah permainan terburuk kami musim ini."

Espanyol mendahului pada minit ke-17 di RCDE Stadium di Catalonia menerusi Raul de Tomas.

Aleix Vidal kemudiannya meledakkan gol kedua selepas mengumpan Nacho dan melepasi penjaga gol Real, Thibaut Courtois 15 minit sebelum tamat masa kedua.

Benzema akhirnya merapatkan jurang pada minit ke-71 untuk gol liga kesembilannya dalam lapan perlawanan musim ini.

Espanyol hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan musim ini

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 12:18 PM