Pemain TFC, Faiz Nasir (empat dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan pasukan mengatasi Sarawak United FC dalam aksi Piala Malaysia di Shah Alam. FOTO Owee Ah Chun
Pemain TFC, Faiz Nasir (empat dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan pasukan mengatasi Sarawak United FC dalam aksi Piala Malaysia di Shah Alam. FOTO Owee Ah Chun
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Terengganu FC nyata berada pada kelas tersendiri apabila mudah membenam Sarawak United 4-2 dalam aksi suku akhir kedua sekali gus melakar kemenangan 6-3 secara agregat di peringkat lapan terbaik itu.

Dalam aksi di Stadium Mini UiTM Shah Alam, skuad kendalian Nafuzi Zain menguasai sebahagian besar aksi dengan ayam tambatan import, Jordan Mintah mencetak gol seawal minit kedua.

Tonggak sayap kebangsaan, Faizal Halim jelas berada pada prestasi terbaik dan dia menambah gol kedua (m11) dan Faiz Nasir menjaringkan gol ketiga di penghujung babak pertama.

Pelawat terus menambah derita tuan rumah apabila Mintah meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-64, sebelum tuan rumah yang dilatih E Elavarasan mengurangkan defisit dengan dua gol menerusi Sandro da Silva (m72) dan Uche Agba (m89).

FAIZ Subri turut membarisi pasukan Yakult All Star.
FAIZ Subri turut membarisi pasukan Yakult All Star.

Di separuh akhir nanti, skuad Penyu bakal bertemu juara bertahan yang juga pasukan pilihan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menang dalam satu lagi aksi selepas menumbangkan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 11:40 PM