REAKSI kecewa barisan pemain United. FOTO AFP
REAKSI kecewa barisan pemain United. FOTO AFP
Agensi

Manchester: Manchester City mengatasi Manchester United untuk melakar kemenangan selesa 2-0 pada aksi Liga Perdana di Old Trafford, hari ini.

Gol sendiri Eric Bailly di awal perlawanan berpunca daripada hantaran silang Joao Cancelo memberikan kelebihan kepada City.

Aksi bertahan yang rapuh dipamerkan Luke Shaw pula membolehkan Bernardo Silva menambah gol kedua City minit ke-45.

Aksi cemerlang penjaga gol United, David de Gea menafikan beberapa lagi cubaan berbahaya City menyelamatkan mereka daripada berdepan kekalahan lebih besar.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Pep Guardiola menduduki tangga kedua liga.

Kekalahan kali keempat United dalam enam perlawanan serta yang kedua berturut-turut di halaman sendiri semakin menambahkan tekanan kepada pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 10:49 PM