XAVI Hernandez. -FOTO AFP
XAVI Hernandez. -FOTO AFP
Agensi

Madrid: Presiden Barcelona, Joan Laporta memaklumkan bahawa beliau menerima laporan yang menggembirakan mengenai kelayakan Xavi Hernandez sebagai jurulatih dan mengakui berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih Barca semasa menjadi presiden.

Tapi Laporta enggan mengesahkan sama ada Xavi akan menggantikan Ronald Koeman yang dipecat pada malam Rabu lalu dan tetap mengatakan bawa Barca mempunyai 'pilihan yang lain'.

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola berkata dia 'tidak ragu-ragu' bahawa Xavi bersedia untuk melatih kelab itu.

Laporta bersemangat dengan bekas pemain tengah legenda Barca yang dikatakan sebagai calon pilihan untuk menggantikan Koeman.

Selepas cemerlang di Camp Nou, Xavi meninggalkan kelab itu pada 2015 untuk beraksi bersama Al Sadd di Qatar sebelum menjadi jurulatih kelab berkenaan selama dua tahun.

"Saya berkata demikian apabila dia pergi ke Qatar bahawa Xavi boleh menjadi jurulatih Barca malah saya mahu dia menjadi jurulatih Barca semasa saya menjadi presiden. Tapi saya tak tahu bila," kata Laporta.

"Memang benar laporan yang kami terima mengenai dia sangat bagus. Saya tidak mengikuti Al Sadd tapi kami berbincang mengenai perlawanan Barasa di telefon. Kami menyaksikan perlawanan bersama-sama.

Jurulatih pasukan B Barcelona, Sergi Barjuan dilantik sebagai pengendali sementara dan Laporta berkata beliau akan mengendalikan perlawanan Alaves di La Liga dan Dynamo Kiev Liga Juara-Juara pada Selasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Oktober 2021 @ 12:24 PM