PERBINCANGAN Xavi dan Barcelona di peringkat akhir. -FOTO AFP
PERBINCANGAN Xavi dan Barcelona di peringkat akhir. -FOTO AFP
AFP

Doha: Perbincangan dengan kelab Qatar Al-Sadd untuk membawa Xavi kembali ke Barcelona sebagai jurulatih kini berada 'di peringkat akhir' kata sumber yang rapat dengan rundingan itu.

Naib presiden Barcelona, Rafa Yuste dan pengarah bola sepak, Mateu Alemany sudah berada di ibu negara Qatar sejak Rabu lalu untuk mendapatkan Xavi sebagai pengganti Ronald Koeman.

Xavi yang memenangi lapan gelaran La Liga dan empat Liga Juara-Juara ketika bersama Barca pada Rabu lalu berkata, dia tidak sabar untuk kembali selepas melatih kelab Qatar itu selama tiga tahun.

Xavi ada pilihan pertama Barca untuk menggantikan Koemon tetapi pemain Sepanyol itu masih mempunyai baki dua tahun bersama Al-Sadd.

Bagaimanapun sumber rapat memaklumkan bahawa perbincangan mengenai perkara itu sudah sampai ke peringkat akhir.

Sumber rapat dengan rundingan yang sedang berlangsung itu mendedahkan, perjanjian untuk melepaskan Xavi mempunyai syarat di mana Barcelona akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Al-Sadd di Doha dan pasukan Qatar itu akan menyertai kejohanan pra musim Piala Gamper di Sepanyol.

Barcelona terpaksa melepaskan Lionel Messi musim ini dan mengakui mereka kini dibebani hutang yang tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 9:45 AM