Xavi. FOTO Agensi
Xavi. FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Barcelona dilaporkan masih mengadakan perbincangan bersama Xavi berkenaan tawaran menjadi pengurus baharu mereka.

Presiden kelab itu, Joan Laporta mengumumkan dia secara terang-terang menyokong penuh bos ketika ini, Ronald Koeman, sekalipun isu yang berlarutan mengenai corak permainan kelab dan keputusan semasa.

Bagaimanapun, Xavi dilihat calon sesuai dan dikatakan sudah bersedia mengambil alih tugas pengendali kelab Catalan itu selepas bergelut dengan prestasi.

Menurut 90 min, beberapa pihak menyatakan sokongan kepada bekas pemain tengah kelab itu untuk menggantikan Koeman.

Xavi, 41, mengendalikan kelab Qatar, Al Sadd sejak 2019, kelab berkenaan menang kejuaraan liga musim lalu tanpa mengalami sebarang kekalahan dalam perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 10:36 PM