Perancang tengah Leeds United, Kalvin Phillips
Perancang tengah Leeds United, Kalvin Phillips
Agensi

London: Perancang tengah Leeds United, Kalvin Phillips terpaksa menarik diri dari skuad England kerana mengalami kecederaan.

Phillips, 25, beraksi 90 minit perlawanan buat skuad Whites ketika menang 1-0 ke atas Watford hujung minggu lalu, bagaimanapun kelabnya mendedahkan pemain itu mengalami kecederaan betis ketika beraksi di Liga Perdana.

Berikutan itu, Phillips terpaksa menarik diri bagi aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Andorra dan Hungary pada Oktober, ketika Gareth Southgate pantas memanggil James Ward-Prowse sebagai pengganti.

Phillips memainkan peranan penting ketika skuad Three Lions mara ke final Euro 2020 pada Julai lalu.

Phillips tonggak skuad Leeds dalam enam perlawanan Liga Perdana baru-baru ini namun dia pastinya bergelut untuk kembali cergas dengan perlawanan akan datang berdepan Southampton selepas rehat antarabangsa pada 16 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 11:00 PM