Pemain TFC, Dercel Marcel (tengah) diasak pemain KDA FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. FOTO Ghazali Kori
Pemain TFC, Dercel Marcel (tengah) diasak pemain KDA FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. FOTO Ghazali Kori
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Pemain Terengganu FC (TFC), Faizal Halim menjelaskan insiden kekasaran dengan pemain sayap Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syazwan Zainon sebenarnya bukan berpunca daripada dirinya.

Sebaliknya, dia mendakwa Syazwan atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Karpet sebenarnya lebih kerap bertindak kasar namun tiada siapapun yang mempertikaikannya terutama netizen di media sosial.

Jelasnya, dirinya kini menjadi 'mangsa' kecaman segelintir penyokong Kedah di laman sosial miliknya sedangkan dia tidak sengaja mengasari bekas pemain Selangor itu.

Luahan Faizal Halim di laman sosial.
Luahan Faizal Halim di laman sosial.

"Hahahahaa adoi, itu la ramai plak orang dya (penyokong Kedah) mai singgah kat ig (Instagram) kita. Dya (Syazwan) buat kita dua kali takdak pon nak cakap apa.

"Ni kita terpijak jari kaki ja, macam kita sepak dya tu.. yang dya dok buat kita tak mau viral plak," tulis Faizal di laman sosial miliknya.

Dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin antara Terengganu dan Kedah itu, tuan rumah gagal memanfaatkan beraksi di halaman sendiri apabila tewas 2-1 kepada pelawat.

Gol Kedah dijaringkan Rabih Ataya pada masa kecederaan babak pertama sebelum Syazwan menambah gol pada minit ke-54, manakala gol saguhati tuan rumah diperolehi menerusi sepakan percuma ketua pasukan David da Silva di minit 70.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Ogos 2021 @ 7:39 PM