Aziman RosdiFirdaus HashimFerzalfie Fauzi dan Hanafis Abd Haris & Safizan Yakin


KEDAH menepati andaian awal peminat bola sepak apabila muncul juara Piala FA 2017 selepas menumbangkan Pahang, 3-2, di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ini berdasarkan undian yang dilakukan di Zon Borak Final Piala FA dalam portal khas Harian Metro, sejak Jumaat.

Lebih 65 peratus daripada pengundi meramalkan bahawa Kedah muncul juara Piala FA buat kali keempat selepas melakukannya pada 1996, 2007 dan 2008.

Selain itu, hampir 70 peratus turut meramalkan Kedah muncul juara di laman Twitter. Undian di laman Twitter Harian Metro dilakukan sejurus sepak mula dlakukan.

Pasukan bimbingan Nidzam Adha Yusoff itu berjaya mengulangi pencapaian selepas penyerang import dari Denmark, Ken Ilso dan tonggak tengah, Baddrol Bakhtiar berjaya mencetak nama sebagai penjaring.

Setengah jam sebelum bermula sepak mula, Stadium Shah Alam begitu gamat dengan sorakan penyokong kedua-dua pasukan yang dianggarkan seramai 75,000 orang.

Menambahkan lagi kehangatan, kumpulan gendang kedua-dua pasukan bagaikan 'berperang'.

Bukan itu saja, 'perang' baner turut menyemarakkan suasana stadium ketika itu.

babak pertama

* Sepak mula pada 9.10 malam

* m6, Kedah meraih sepakan sudut pertama

* m8, Pahang meraih spakan sudut pertama minit kelapan

* m12, Pemain Pahang, Ahmad Syamim melakukan percubaan jarak jauh namun ia tersasar

* m13, Kedah meraih sepakan percuma selepas Liridon Krasniqi dijatuhkan pemain Pahang

* m20 (GOL), Kedah mendahului 1-0 menerusi jaringan Ken Ilso Larsen

* m23, tendangan percuma pemain baru Pahang, Yamil Romero jauh tersasar

* m25, tonggak tengah bertahan Pahang, Francisco Insa dilayangkan kad kuning

* m27, Nadi tengah Kedah, Sandro da Silva melepaskan sepakan kencang yang sedikit melewati palang gol Pahang

* m29, Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila tonggak tengahnya, Francisco Insa dilayangkan kad merah selepas menerima kuning kedua

* m36, Matheus Alves nyaris menyamakan kedudukan namun percubaannya sedikit terasar

* m43, permainan satu dua sekali lagi memerangkap pertahanan Pahang namun tendangan Liridon Krisniqi tepat ke arah penjaga gol Pahang

* m45 (GOL), Kedah menambah gol kedua menerusi pemain kebangsaan, Baddrol Bakthiar

* Tambahan masa babak pertama, tiga minit

* (GOL) Pahang berjaya merapatkan kedudukan hasil jaringan pemain importnya, Heo Jaewon, dalam masa kecederaan babak pertama.

* Tamat aksi babak pertama, Pahang 1-2 Kedah

babak kedua

* m47, Pahang nyaris meraih gol penyamaan namun situasi kelam kabut dalam kotak penalti berjaya ditenangkan pertahanan Kedah

* m50, Liridon melepaskan satu sepakan kencang yang tepat menuju ke dakapan Wan Azraie

* m55, percubaan penyerang Pahang, Matheus Alves melambung tinggi

* Memasuki separuh perjalanan babak kedua, skuad kendalian Dollah Salleh dilihat lebih menguasai perlawanan biarpun kekurangan seorang pemain.

* m61, pertahanan Kedah, Fitri Omar dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Mohamadou Sumareh

* m62, percubaan Wan Zaharulnizam melambung tinggi

* m64, pemain Kedah, Syazwan Zainon hampir menambah gol ketiga pasukannya namun percubaanya juga melambung tinggi

* m69, Yamil Romero nyaris menghukum benteng pertahanan Kedah namun sentuhannya tersasar jauh

* m70, kerja keras Mohamadou Sumareh menekan kubu Kedah menyaksikan pasukannya dihadiahkan sepakan percuma

* m72, Kedah melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan penyerang skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Muhammad Syafiq Ahmad dan mengeluarkan Mohd Syazwan Zainon

* m73 (GOL), Baddrol Bakthiar menambah gol ketiga pasukannya & yang kedua buat dirinya selepas menerima hantaran lintang Ken Ilso Larsen

* m78, Pahang melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan Mohamad Ashari Samsudin & mengeluarkan Wan Zaharulnizam

* m80 (GOL), Pahang merapatkan kedudukan kepada 3-2 hasil tandukan Mohamadou Sumareh

* m85, Pahang membuat pertukaran kedua dengan memasukkan Muhamad Nor Azam & keluarkan Ahmad Syamim Yahya

* m88, Kedah melakukan pertukaran kedua dengan memasukkan Ahmad Fakri Saarani & keluarkan Baddrol Bakthiar

* Tambahan masa babak kedua, empat minit.

* m90, Liridon Krasniqi dilayangkan kad kuning kerana sengaja melengah-lengahkan permainan

* Tamat masa penuh di Stadium Shah Alam, Kedah muncul juara Piala FA selepas menang 3-2 ke atas Pahang

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 11:24 PM