FOTO NSTP
FOTO NSTP
Isma Ismail & Malik Mohamad di Kuala TerengganuMohd Helmi Irwadi Mohd Nor di Paroi


KEDAH dan Pahang bakal bertemu buat pertama kali di pentas akhir Piala FA 2017 selepas mencatatkan kemenangan di tempat lawan masing-masing, malam tadi.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu bagi penentuan juara 2017 pada Sabtu, 20 Mei.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan hanya pernah bertemu pada final Piala Malaysia.

Kedah - juara tiga kali Piala FA iaitu pada 1996, 2007 dan 2008 - layak dengan agregat 4-0, selepas menumpaskan Terengganu 3-0 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pahang yang bakal memburu kejuaraan ketiga lolos ke pentas akhir dengan agregat 3-1, selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-1, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Johor DT adalah juara Piala FA 2016 selepas skuad selatan tanahair itu menumpaskan PKNS, 2-1.

Negeri Sembilan [0] 1

Pahang [1] 2

* Negeri Sembilan memulakan sepak mula

* Pahang mendapat gol pertama menerusi Jaewon Heo pada m-6.

* Tamat separuh masa pertama. Negeri Sembilan 0 (0) & Pahang 1 (1).

* Negeri Sembilan hebat mengasak di babak kedua untuk memburu gol.

* Pahang juga terus memberi tekanan pada m-47.

* Bruno Suzuki nyaris jaring gol pertama Negeri Sembilan m-48 namun percubaan dapat dibaca penjaring gol Pahang

* Pemain Pahang, Jaewon Hoe dikeluarkan m-53 dan digantikan Mohd Afif Amiruddin.

* Tandukan Marko Simic m-57 berjaya didakap penjaga gol Pahang.

* Pemain Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj ganti Muhammad Izuan Samsuddin m-58.

* Pemain Negeri Sembilan Mohd Faizal Abu Bakar dikeluarkan pada m-63 dan digantikan Muhammad Nizam Mohd Ruslan.

* Pemain Negeri Sembilan Annas Rahmat dilayangkan kad kuning m-65 kerana mengasari Alves.

* Negeri Sembilan menjaringkan gol pertama m-67 menerusi Bruno Suzuki.

* Pahang mengeluarkan Muhd Nor Azam Abdul Azih dan diganti Joseph Kalang tie pada m-72.

* Pahang mengeluarkan Wan Zaharulnizam dan ganti Christie Jayaseelan pada m-78.

* Tambahan masa 4 minit

* Pahang tambah m-90 menerusi Christie Jayaseelan.

Pemain Negeri Sembilan, Muhammad Izuan Salahuddin bersaing dengan pemain Pahang, Mohd Faisal Mohd Rosli (kiri) pada perlawanan Separuh akhir kedua Piala FA 2017 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. FOTO | Hazreen Mohamad
Pemain Negeri Sembilan, Muhammad Izuan Salahuddin bersaing dengan pemain Pahang, Mohd Faisal Mohd Rosli (kiri) pada perlawanan Separuh akhir kedua Piala FA 2017 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. FOTO | Hazreen Mohamad

b>NEGERI SEMBILAN - Lee Andrew Tuck, Annas Rahmat (C), Bruno Junichi Suzuki Castanheira, Mohd Faizal Abu Bakar (Muhammad Nizam Mohd Ruslan), Marko Simic, Mohd Noor Hazrul, Muhammad Izuan Salahuddin (Sean Eugene Selvaraj), Mohd Shazlan Alias, Saiful Amar Sudar (PG), Nemanja Vidic, Arman Fareez Mohd Ali

PAHANG - Matthew Thomas Davies (C), Wan Zahrulnizam Wan Zakaria (Christie Jayaseelan), Francisco Insa Bohigues, Ahmad Syamim Yahya, Mohd Faisal Mohd Rosli, Jaewon Heo (Mohd Afif Amiruddin), Muhd Nor Azam Abdul Azih (Joseph Kalang), Mohammad Muslim Ahmad, Sumareh Mohamadou, Wan Muhammad Azraie Wan Teh (PG), Matheus Alves Leandro

Terengganu [0] 0

Kedah [1] 3

* Terengganu melakukan sepak mula.

* Liridon Krasniqi menjaringkan gol pendahuluan Kedah m-5.

* Kenilso Larsen jaring gol kedua untuk Kedah pada m-29.

* Tamat separuh masa pertama. Terengganu 0-2 Kedah.

* Kedah mengukuhkan kedudukan menerusi jaringan ketiga oleh Sandro Da silva m-48.

* Tandukan Bruno Suzuki m-52 tersasar melepasi gawang gol.

* Kedah dapat sepakan percuma di sebelah kiri gol Terengganu selepas pemainnya Rizal Ghazali dijatuhkan m-56

* Kedah tukar pemain. Mengeluarkan Mohd Syazwan Zainon ganti Muhd Syafiq Ahmad m-63.

* Muhd Amirul Syahmi masuk ganti Lutfulla Turaev untuk pasukan Terengganu pada m-64.

* Pemain Terengganu Muhd Amirul Syahmi dilayangkan kad kuning selepas mengasari penjaga gol lawan m-70.

* Kedah melakukan pertukaran kedua m-78 dengan mengeluarkan Sandro Da Silva digantikan oleh Muhd Syazwan Tajudin.

Pemain Terengganu FA, Muhd Ferris Mat Nasir (kanan) diasak oleh pemain Kedah, Kharul Helmy Johari pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hari ini. FOTO | Ghazali Kori
Pemain Terengganu FA, Muhd Ferris Mat Nasir (kanan) diasak oleh pemain Kedah, Kharul Helmy Johari pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hari ini. FOTO | Ghazali Kori

TERENGGANU - Lazaro Vinicius, Abdul Syukur Jusoh, Muhd Ferris Danial Mat Nasir, Issey Farran Morgan Nakajima, Abdul Latiff Suhaimi (C), Mohd Faiz Mat Nasir, Muhamad Hafizal Mohamad, Nasrullah Haniff Johan, Lutfulla Turaev (Muhd Amirul Syahmi), Mohd Firdaus Mohd Faudzi, Amirul Hakimie Awang (PG)

KEDAH - Mohd Syawal Nordin, Mohd Fitri Omar, Baddrol Baktiar, Liridon Krasniji, Kenilson Larsen, Sandro Da Silva Mendonca (Muhd Syazwan Tajudin), Muhd Akram Mahinan, Khairul Helmi Johari (C), Mohd Rizal Mohd Razali, Mohd Syazwan Zainon (Muhd Syafiq Ahmad), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (PG)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 11:20 PM