SALAH terima gaji lebih dari RM577,399 seminggu. FOTO AFP
SALAH terima gaji lebih dari RM577,399 seminggu. FOTO AFP
Agensi

London: Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Liverpool sedang berusaha mencapai kesepakatan baru untuk mengikat Mohamed Salah bagi memastikan pemain Mesir itu kekal di Anfield untuk tahun-tahun seterusnya.

Salah sebelum ini bersetuju dengan kontrak baru bersama Liverpool pada 2018, setahun selepas menyertai kelab itu dari gergasi Serie A, Roma.

Liverpool pada mulanya menggandakan gaji yang diterimanya lebih dari £100,000 (RM577,399) seminggu namun syarat berkenaan bertambah secara drastik selepas dia meledakkan 44 gol pada penampilan pertamanya itu.

Penyerang itu, satu daripada pemain yang menerima gaji tertinggi namun Liverpool menawarkan pakej terbesar dalam sejarah mereka bagi mendapatkan satu daripada penjaring gol terbaik dunia yang kontraknya sudah memasuki dua tahun terakhir.

Klopp berkata: 'Saya terbabit dalam hampir semua perkara di kelab.

"Mungkin ada perbincangan berlaku tanpa saya, itu mungkin berlaku tapi daripada apa yang saya tahu dan itulah yang sentiasa berlaku, kami belum benar-benar berbincang mengenai perkara itu.

"Saya tahu kami mengubahnya sedikit dengan Hendo (Jordan Henderson) tapi itu tidak bermaksud kami akan bercakap dari sekarang dan memberi tahu anda setiap langkah yang kami buat dalam sebarang rundingan.

"Mo dalam keadaan yang sangat-sangat baik dalam bola sepak dan mood.

"Bagaimana dia menyesuaikan diri pada hari pertama dia kembali ia satu yang sangat hebat.

"Kita semua sudah dewasa, semua profesional. Terdapat perbincangan dan lebih banyak perbincangan akan berlaku dan apabila ada keputusan akhir, kami akan memberi tahu anda. Sehingga itu, hanya perlu tahu kami sedang berusaha berhubung perkara ini."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 12:58 PM