Pemain pertahanan Liverpool Virgil van Dijk. FOTO File Reuters.
Pemain pertahanan Liverpool Virgil van Dijk. FOTO File Reuters.
AFP

PERTAHANAN tengah Liverpool, Virgil van Dijk dinamakan sebagai Pemain Terbaik 2019 oleh Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA), hari ini.

Van Dijk mengikut jejak langkah kejayaan rakan sepasukannya Mohamed Salah yang memenangi anugerah sama sebelum ini, dia diundi oleh rakan sepasukan dan menyaksikan bersaing sengit dengan penyerang Manchester City, Raheem Sterling.

Begitupun, Sterling, 24, dinamakan Pemain Muda Terbaik oleh PFA susulan prestasi cemerlang mengatasi rakan sepasukan di City, Leroy Sane.

Van Dijk menyertai Liverpool daripada Southampton dengan nilai RM400.48 (£75 million) pada Januari 2018.

Pemain berusia 27 dari Belanda menjadi tonggak pasukan Liverpool untuk mencabar City dalam buruan kejuaraan liga Perdana Inggeris musim ini, sementara pasukan diwakili Sterling mendahului satu mata di puncak liga berbanding Reds dengan hanya berbaki dua perlawanan.

“Ia agak sukar untuk meluahkannya dalam perkataan,” kata Van Dijk, pemain pertahanan pertama yang memenangi anugerah itu sejak kapten Chelsea, John Terry 14 tahun lalu.

“Saya fikir ia adalah penghormatan tinggi yang kamu perolehi sebagai pemain untuk memenangi anugerah pemain terbaik apabila diundi oleh rakan pemain yang beraksi bersama setiap minggu. Ia cukup istimewa. Saya sangat bangga dan berbesar hati menerimanya.”

Van Dijk, turut memberi tumpuan kepada perlawanan separuh akhir liga Juara-Juara menentang Barcelona minggu ini, berkata: “Jika kamu melihat standard penyerang atau pemain tengah berada dalam liga ini, ia amat menakjubkan.”

Pemain kebangsaan England, Sterling dikagumi baik ketika beraksi di dalam padang dan keberanian untuk bercakap mengenai masalah isu perkauman dalam bola sepak.

Pemain penyerang wanita Arsenal, Vivianne Miedema memenangi anugerah Pemain Terbaik Wanita selepas menjaringkan 22 gol untuk memimpin pasukan Gunners mengecapi kejuaraan pertama mereka sejak 2012, pencapaian itu menyaksikan kejayaan kedua pemain daripada Belanda pada anugerah itu selepas Van Dijk.

Sementara, anugerah pencapaian istimewa PFA diberikan kepada Manchester City dan kapten bola sepak wanita England, Steph Houghton, 31.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 8:04 AM