Alli membuktikan sentuhan berbisa di Spurs. FOTO Agensi
Alli membuktikan sentuhan berbisa di Spurs. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Kemar Roofe, Paul Pogba dan Dele Alli antara 10 pemain bola sepak yang berada dalam senarai pendek bagi persaingan merebut Anugerah Jaringan Terbaik UEFA musim ini.

Sepakan lambung Patrik Schick yang melepasi garisan tengah padang yang mengelirukan David Marshall ketika Republik Czech mencatat kemenangan ke atas Scotland dalam saingan Euro 2020 muncul salah seorang daripada pencabar anugerah itu.

Alli meledak gol pembukaan Tottenham menerusi sepakan gunting menarik menentang Wolfsburg dalam saingan Liga Juara-Juara.

Jaringan menarik Pogba ketika beraksi bersama Perancis menentang Switzerland di Euro 2020. FOTO Agensi
Jaringan menarik Pogba ketika beraksi bersama Perancis menentang Switzerland di Euro 2020. FOTO Agensi

Bintang tengah Manchester United, Pogba pula meledak satu gol di Euro 2020 untuk Perancis ketika menentang Switzerland di pusingan kedua.

Pogba melakukan rembatan dari jarak lebih tujuh meter dan bola melencong masuk ke penjuru gawang gol untuk membolehkan Perancis mendahului 3-1.

Bagaimanapun, skuad Swiss berjaya mara ke suku akhir apabila memenangi penentuan penalti selepas mengikat kedudukan 3-3.

Jaringan menarik pemain Rangers, Roofe dari garisan tengah dalam saingan Liga Europa turut mendapat perhatian. Roofe berjaya memenangi perebutan bola dan mengatasi tiga pemain Standard Liege sebelum meledak dari jarak jauh.

Sepakan gunting Mehdi Taremi dari Porto ketika berdepan Chelsea dan jaringan pemain Braga, Paulinho ketika berdepan Leicester turut berada dalam senarai itu.

Saingan dalam Kejohanan Eropah juga menyaksikan jaringan penyerang Itali, Lorenzo Insigne menjadi perhatian ketika berdepan Belgium.

Selain jaringan pada minit pertama Florian Wirtz untuk skuad Bawah 21 tahun Jerman berdepan Belanda, jaringan menarik Sarah Zadrazil (Bayern Munich) menentang Chelsea pada separuh akhir Liga Juara-Juara Wanita dan jaringan Ferrao dari Barcelona berdepan Dobovec bagi acara futsal turut melengkapkan senarai itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Julai 2021 @ 9:37 AM