AKSI Schick meledak rembatan  dari jarak jauh ketika menentang Scotland. FOTO Agensi
AKSI Schick meledak rembatan dari jarak jauh ketika menentang Scotland. FOTO Agensi
Agensi

London: Jaringan sensasi Patrik Schick ketika Republik Czech menentang Scotland dipilih Gol Terbaik Euro 2020.

Penyerang Bayer Leverkusen itu meledak kedua-dua gol untuk membantu pasukannya menang 2-0 di Hampden Park pada aksi pertama peringkat kumpulan dengan jaringan keduanya dilakukan dari tengah padang.

Percubaan dari jarak 45 meter itu adalah jaringan paling jauh pernah dilakukan di Kejohanan Eropah sejak data itu kali pertama direkodkan pada 1980.

Schick menyedari penjaga gol David Marshall keluar dari posisinya dan meledak rembatan 'roket' yang memintas rekod sebelum ini milik Torsten Frings dengan jarak 34 meter ketika Jerman menentang Belanda di Euro 2004.

Bercakap selepas perlawanan 14 Jun lalu, Schick mengesahkan dia menyedari kedudukan Marshall dan membuat keputusan untuk mencuba nasib dengan meledak rembatan jarak jauh.

''Saya tahu dia gemar keluar daripada posisinya, jadi apabila bola sampai dengan pantas saya melihat dia dan ia jaringan terbaik saya,'' katanya kepada BBC Sport.

Jaringan itu dipilih daripada 10 senarai yang disenarai pendek Uefa dengan 800,000 undi daripada orang awam.

Schick dan Cristiano Ronaldo berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak Euro 2020 dengan lima gol tetapi bintang Portugal itu memenangi Kasut Emas selepas berkelebihan satu bantuan jaringan.

Jaringan Paul Pogba untuk Perancis ketika tewas kepada Switzerland di peringkat 16 terakhir di tempat kedua.

Jaringan Paul Pogba untuk Perancis ketika tewas kepada Switzerland di peringkat 16 terakhir di tempat kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 12:14 PM