DIAZ masih berminat untuk beraksi bersama Milan. FOTO Agensi
DIAZ masih berminat untuk beraksi bersama Milan. FOTO Agensi
AFP

Milan: Pemain tengah Real Madrid, Brahim Diaz menandatangani kontrak secara pinjaman selama dua tahun dengan AC Milan selepas kedua-dua pasukan mengumumkan perkara berkenaan.

"AC Milan berbesar hati untuk mengumumkan kehadiran Brahim Abdelkader Diaz dari Real Madrid melalui pinjaman selama dua tahun.

"Kontrak pemain ini bersama Rossoneri akan berlanjutan sehingga 30 Jun 2023," jelas naib juara Serie A itu.

Diaz beraksi selama tiga musim dengan Manchester City sebelum menyertai Real pada Jun 2019 dengan nilai €17 juta (RM84 juta).

Dia menjaringkan dua gol dalam 21 perlawanan di Real sebelum menyertai Milan musim lalu juga melalui pinjaman, dengan meledak tujuh gol daripada 39 penampilan.

Pemain berusia 21 tahun itu menggunakan jersi nombor 10 yang dipakai Hakan Calhanoglu, sebelum menyertai juara Serie A, Inter Milan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 10:37 AM