REAKSI Bale yang dapat dilihat di televisyen. FOTO Agensi
REAKSI Bale yang dapat dilihat di televisyen. FOTO Agensi
Agensi

GARETH Bale dilihat menggunakan penutup mulut dan muka dengan gaya tertidur ketika perlawanan Real Madrid selain turut ketawa besar apabila tidak dimasukkan sebagai pemain gantian ketika bertemu Alaves.

Masa depan Bale di Real menjadi bualan hangat dengan prestasi turun naik.

Kedudukanya lebih terjejas sejak Zinedine Zidane menjadi pengurus Real dengan Bale sentiasa memanaskan bangku simpanan dan Zidane secara terbuka menyatakan pemain itu bukanlah pilihan utamanya.

Dengan Bale menolak tawaran dari China dan tiada kelab Inggeris berminat untuk mendapatkannya, nampaknya dia akan kekal di Real.

Terbaru ketika Real mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Alaves, Bale dilihat di televisyen menggunakan penutup mulut dan muka untuk menutup mukanya.

Bukan itu sahaja, dia turut dilihat tersenyum selepas pemain muda, Brahim Diaz dimasukkan menggantikan Casemiro di hujung perlawanan.

Diaz adalah pemain kelima dan terakhir yang masuk sebagai pemain gantian sekali gus menyaksikan Bale sekadar menjadi penonton pada perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 2:21 PM