BELLINGHAM membaling jersi yang dipakainya kepada penyokong England. FOTO Agensi
BELLINGHAM membaling jersi yang dipakainya kepada penyokong England. FOTO Agensi
Agensi

Rom: Beberapa pemain England meraikan kejayaan mereka mara ke separuh akhir Euro 2020 bersama-sama penyokong yang hadir di Stadium Olimpico.

Luke Shaw, Marcus Rashford, Jude Bellingham dan Kieran Trippier, kesemuanya memberikan jersi yang dipakai kepada penonton selepas skuad bimbingan Gareth Southgate berjaya mara ke separuh akhir Euro 2020.

Malam penuh gemilang England di Rom apabila menundukkan Ukraine 4-0 berterima kasih kepada kapten pasukan Harry Kane yang menyumbangkan dua gol.

Satu lagi jaringan masing-masing menerusi Harry Maguire dan Jordan Henderson yang meledakkan gol pertama di peringkat antarabangsa.

Selepas perlawanan, pemain terus menuju ke arah penyokong England di yang di stadium.

Bintang Manchester United Shaw dan Rashford membaling jersi mereka ke arah penyokong England dan perkara yang sama dilakukan oleh bintang muda Borussia Dortmund, Bellingham dan pemain Atletico Madrid, Trippier.

Shaw beraksi cemerlang ketika menentang Ukraine merencana dua gol dengan melakukan tiga hantaran menghasilkan jaringan.

Hanya bintang Switzerland Steven Zuber kini di hadapannya dengan membantu empat hantaran menjaringkan gol.

Sebelum ini terdapat kebimbangan mengenai penyokong England tidak dapat berada di Stadium Olimpico susulan sekatan Covid-19, namun ribuan hadir sekali gus menjadi inspirasi kepada kemenangan pasukan.

Penyokong dengan riang menyanyikan 'Que sera sera, we're going to Wembley', meskipun anak buah Gareth Southgate sudah bermain empat daripada lima perlawanan kejohanan di London

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 9:07 AM