NASIB Hazard dan De Bruyne hanya akan diputuskan pada saat akhir. FOTO Agensi
NASIB Hazard dan De Bruyne hanya akan diputuskan pada saat akhir. FOTO Agensi
AFP

Brussels: Jurulatih Belgium, Robero Martinez berkata beliau akan memutuskan sama ada akan menurunkan Eden Hazard dan Kevin De Bruyne pada perlawanan suku akhir Euro 2020 'pada minit terakhir.'

Skuad Martinez akan bertemu Itali esok di Munich namun bakal berdepan kemungkinan turun tanpa kelibat Hazard kerana masalah tisu otot dan De kerana kecederaan ligamen.

"Kami sedang berlawan dengan masa. Kami akan membuat keputusan pada minit terakhir.

"Kita akan lihat esok sama ada mereka boleh bersama atau tidak.

"Esok akan ada keputusan perubatan pada tengah hari dan kami akan membuat keputusan selepas itu," kata Martinez..

Kapten Hazard dan pemain tengah De Bruyne mengalami kecederaan ketika Belgium melakar kemenangan 1-0 ke atas Portugal minggu lalu.

Red Devils kini dalam usaha untuk melangkah ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1980 apabila mereka tewas kepada Jerman Barat di final

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 6:10 AM